Mengenali potensi diri dan hidup tanpa panduan ibarat kita menempuh hidup secara membuta tuli, malah hasil semua kerja tidak akan menjadi. Kali ini saya cuba untuk sama-sama kita berkongsi agar dan kita dapat menyusun hidup kita dengan lebih teratur dan mencapai kemampuan diri lebih dari yang biasa kita capai.
Setiap insan berjiwa hamba mempunyai kekuatan dan kelemahan tersendiri. Amat rugilah bagi mereka yang mengambil mudah hal ini kerana saya kira kita akan terus menjadi insan yang biasa dan tetap yang biasa tanpa perubahan.
Semakin lama kita hidup, semakin matang pemikiran dan lebih kenal akan diri sendiri. Hanya kita sahaja tahu apa kelemahan diri dan kemampuan diri sendiri, orang lain hanya mampu memberi komen dan nasihat secara luaran dan kita juga hanya mampu bertindak mengubah sikap itu tetapi sejauh mana kita berpuas hati untuk berubah??
Mungkin sudah acap kali kita cuba untuk berubah kepada yang lebih hebat atau orang kata “perfect la kalau buat macam ni”. Pada mulanya kita mampu untuk buat sesuatu yang telah di programkan dalam minda tetapi tidak semestinya itu cara kita kerana setiap orang berbeda caranya.
Muhasabah diri adalah salah satu jalan untuk kita bangun dari kelemahan untuk diperbaiki bukan untuk menyerah kalah dan hanya cakap “susahla nak istiqamah ngan bende yang baik ni, kalau buat pun kejap je pastu tinggal, lebih baik tak payah buat”…
Kata-kata yang sering saya dengar tetapi sebenarnya seseorang itu sedang bermain dengan mindanya, bukan tidak boleh istiqamah tetapi tidak faham diri sendiri. Saya tidak bermaksudkan tidak perlu jadi baik tetapi rancanglah hidup kamu untuk jadi baik yang berkualiti iaitu agar lebih kukuh pendirian. Buatlah “research” atas diri sendiri, sebagai contoh kenapa tidak boleh istiqamah?? Dan saya pasti anda akan dapat jawapannya, bukan dari orang lain tetapi dari diri sendiri.
Tidak rugi untuk meluangkan masa anda untuk perkara seperti ini kerana anda hajatkan yang terbaik untuk setiap urusan yang dilakukan, dan inilah caranya. Berdampinglah dengan orang yang banyak ilmu dan soleh kerana di situ terletaknya kunci untuk anda menjadi seperti mereka. Dan ketahuilah bahawa insan yang diiktiraf disisisi Allah adalah para Rasul sebagai qudwah/teladan yang baik dan al-Quran lengkap untuk seluruh umat manusia. Bukalah minda untuk sama-sama kita serasikan semua yang telah disyariatkan dengan diri kita, mendalami ilmu agama dan sentiasa berdoa agar sentiasa di beri kekuatan. Dan insyallah engkau akan Berjaya…..
*Allah telah berfirman di dalam Al-Quran: “….Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu sehingga mereka sendiri mengubah nasib mereka….” (Ar-Ra’du:11)